Thursday 10 September 2015

Assalamualaikum.
hyee.... how are u guys...
hurmmmm untuk pengetahuan korang nie lah entry pertama aku untuk taun 2015 nie.  so korang boleh laa agak yg blog ak nie dah bersarang berhabukk!! dah cukup stakat tuh.

pejam celik pejam celik ak dah pon konvo bulan mei yang lepas. Alhamdulillah jugak la sebab dapat apa yang ditargetkan, bukan first class tp second class upper... kira ok la tuhh.. so.. aku x mau la nk cerita panjang lebar sgt pasal konvo tuh korang tengok la sndiri gambar tuh kat sini. hahaha... btw hari too lah yang paling bersejarah buat aku sebab aku dapat beri kegembiraan buat mak bapak aku.

kejup,kejup,kejup.... Ak kongsi la kat sini gambar2 konvo ak yg hensem sgt tuh. hehehe








Friday 9 May 2014

pasangan yang jujur dan setia

 




1. Sentiasa berkira untuk meminta pertolongan kita kerana takut kita sibuk dengan kerja.
 Sidia yang menyayangi kita akan sentiasa berusaha untuk tidak menyusahkan kita. Namun harus diingat peranan kita juga penting kerana kita perlu sentiasa kesan sekiranya mereka memerlukan pertolongan. Tanpa segan silu kita perlu memberitahu " Saya akan membantu" baru dia hormat kita. :)

2. Tidak pernah berkira sekiranya kita meminta pertolongan daripadanya.
Berlainan pula apabila kita meminta pertolongan mereka. Kadang-kadang lelaki ambil mudah perkara ini, harus diingat kemampuan Si dia ada hadnya. Pertolongan yang kita minta itu  biarlah berpada-pada ,jangan sampai kita dikata ambil kesempatan. Hubungan ini akan berakhir dengan kisah ungkit mengungkit nanti. Waspadalah semasa meminta pertolongan. Jangan nak ingat senang sahaja. Kalu Si dia tidak berkira maknanya dia memang ikhlas menyayangi kita.
3. Cenderung untuk meminggirkan kepentingan diri demi untuk kita.
kadang-kadang pasangan kita sibuk dengan tugasan yang diberikan, apabila kita berhadapan dengan masalah yang teruk, Sidia akan sentiasa memastikan mereka sentiasa bersama kita. Tidak kiralah kita meluahkan perasaan marah dalam mesej esei panjang sehingga 1000-2000 patah perkataan sekalipun. Mereka sedia membacanya dalam "hphone" mereka, biarpun bahasanya sukar difahami.:)

4. Rela berkorban untuk membuatkan kita tersenyum.
Pasangan yang betul-betul menjaga hubungan, mereka akan sentiasa berusaha membuat kita tersenyum. walaupun kadang-kadang mereka merasakan lawak yang mereka buat menyebabkan kita tidak akan ketawa, tetapi mereka buat juga sebab mereka akan tahu kita akan ketawa sebab tiada unsur lawak dekat situ. Jadi peranan kita ketawa sahajalah, mesti jaga hati.

5. Bersedia mendengar cerita dari kita biarpun cerita itu membosankan.
Inilah perkara yang sering berlaku, kita punyalah syok bercerita sambil ketawa tidak sudah-sudah. Tapi sebenar kisah tersebut bukan genre yang si dia minati. kita ini pun satu juga carilah cerita yang mereka suka. bersesuaian tdaklah mereka berasa bosan. Tetapi kalau sayang semuanya baik punya.

6. Tidak lupa hari-hari penting dalam perhubungan.
perkara ini lelaki memang masalah sikit, sebab sibuk dengan kerja kononnya. kalau Sidia menyayangi kita jaranglah dia nak lupa tarikh-tarikh penting hubungan mereka. Lelaki bahaya sikit "brthday" sidia pun boleh lupa. Sibuklah kononnya penyebab.

8. Antara insan terawal yang risau apabila kita ditimpa kemalangan.
Ini sememangnya perasaaan yang harus ada pada setiap insan yang ada rasa sayang didalam diri. Sidialah yang dahulu risau dari orang lain meskipun kemalangan itu melibatkan kemalangan kecil. kalau sidia tunjukkan sikap sebegitu ada maknanya mereka menyayangi hubungan.
9. Sentiasa mencari kelebihan kita daripada mencari keburukan.
Bab ini pun baik untuk dibincangkan. Apa pendapat kamu seandainya setiap kali berjumpa sidia akan menyenaraikan semua keburukan yang kita telah lakukan sebelum ini.? Alamak, mesti rasa menyampahkan macamlah tiada kebaikan yang kita lakukan sebelum ini. kalau dia sayang, dia akan berpada-pada menegur kita, menegur biar bertempat. Tiada individu yang sempurna tetapi kita mesti mencari kesempurnaan itu. Tetapi tengok diri kita juga, kalau memang sikap kita buruk memanjang siapa yang nak tahan. contohnya tidur sehari boleh mencecah angka 10 jam sehari belum termasuk tidur malam lagi. Haiya....  Pandai-pandailah memikirkannya sendiri.
10. Bersedia memberi nasihat apabila diperlukan walaupun bukan kepakaran.
Ini juga perkara penting yang harus dimiliki kepada insan yang menyayangi kita, bersedia menjadi pakar nasihat apa-apa juga masalah yang timbul. walaupun bukan kepakaran mereka. contohnya pasal moto rosak. terima sahajalah nasihat mereka walaupun nasihat sidia hanya menyatakan bawa bengkel yang mereka tahu. tetapi nasihat jugalah kan?

11. Sidia sentiasa menjaga diri.
Sidia sentiasa berusaha untuk menjaga diri mereka untuk kita dan agamanya, sentiasa cantik, menjaga kelakuan dan  yang lebih peting, ia semata-mata untuk mendapat keredhaan Yang Esa. Jangan terbalik pula lelaki pula yang lebih-lebih inginkan perempuan yang seksi, sampai tidak tidur malam bila memikirkannya ish3 renung-renungkan. Mesti ubah niat. :). kalau dia sayangkan kita sidia akan jaga diri untuk kehidupannya dan untuk kita. Tidak perlu dipaksa.

Saturday 5 April 2014

8 FAKTA PENAMPILAN DIRI YANG MENARIK

Penampilan diri sangat penting untuk penilaian awal orang lain terhadap diri anda ketika pertemuan kali pertama. Ini kerana melalui penampilan, orang lain akan cuba membuat seribu satu andaian mengenai  tingkahlaku, sifat, kerjaya dan sebagainya. Jadi, apakah fakta sekiranya anda memiliki penampilan diri yang menarik?
(1) Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, peratus seseorang yang berpenampilan menarik berjaya didalam temuduga adalah 3 atau 4 peratus lebih tinggi berbanding  orang yang kurang berpenampilan menarik. Ini menunjukkan bahawa penampilan mempengaruhi penemuduga dalam memilih pekerja.
(2) Kajian juga menunjukkan bahawa pendapatan lelaki yang berpenampilan menarik adalah lebih tinggi berbanding wanita yang berpenampilan menarik.
(3) Seorang yang berpenampilan menarik mempunya peratus sebanyak lebih 80% untuk mempengaruhi orang lain.
(4) Lelaki yang berpenampilan menarik lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada seseorang yang lebih berusia berbanding rakan sebaya atau seseorang yang lebih muda daripada mereka.
(5) Berpenampilan menarik sebenarnya mempengaruhi minda separa sedar orang lain untuk membina kepercayaan terhadap diri anda.
(6) Kajian juga menunjukkan bahawa majoriti seseorang yang memiliki penampilan yang menarik bekerja dalam bidang media massa.
(7) Kepandaian seseorang yang berpenampilan menarik biasanya adalah lebih rendah berbanding mereka yang tidak berpenampilan menarik.
(8) Seorang yang berpenampilan menarik lebih bersifat aktif dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi berbanding mereka yang kurang berpenampilan menarik yang lebih pasif dan pendiam.

Thursday 3 April 2014

Kelebihan JUMAAT

SUNNAH YANG DIANJURKAN PADA HARI JUMAAT


1. Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja)

mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh.  hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya (Shahih, al-Bukhari:880, muslim : 886)

2. Membanyakkan selawat kepada Rasullulah SAW

Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut.  Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepada ku. (Shahih, Abu Dawud:1047, disahihkan oleh al-Amounth)

3. Memperbanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar

Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu carilah ia diakhir waktu selepas asar. (Shahih, Abu Dawud : 1048, disahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an- Nawawi dan al-Albani)

4. Membaca surah al-Kahfi

Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat. (Shahih al-Hakim:3392, dishahihkan oleh al-Albani)

Jom sertai Cabaran #HensemMaksimum





Salam all..

2 hari lepas aku ada la belek2 youtube ttibe aku terklik satu iklan nie,  agak teruja arhh.

kalo kita menang senang2 jew dapat iPhone5C. perhhh..

niat hati nie mmg nk cube tgok tp yelah aku nie bukan encem pown. hekhek

kalo ade iras2 retis too boleh arr (sebenornya nk try ;))

so aku nk suggest kat korang cubelah, kalo bertuah dpt la iPhone too...

dia punya last date x ingat la, korang tgok la sendiri k..

selamat mencube....

bye..




Jom kita dengar lagu Opick - Rapuh